Posts

Showing posts from March, 2015

Akmal, Ikmal dan Kamal #7

Image
Seperti penuntut yang lain AK juga seperti mereka hidup sebagai seorang penuntut, cuma pada hari itu cuaca agak mendung dan bila-bila sahaja hujan boleh turun. Ketika AK sedang duduk di bilik kuliah sambil menanti pensyarah tiba, secara tiba-tiba AK berasa amat sakit pada seluruh badan. AK tidak berapa pasti apa yang terjadi ketika itu, apa yang AK pasti pada masa itu seorang pun rakan sekuliah AK tidak sedar yang AK berada dalam kesakitan.
 Pengelihatan AK semakin kabur dan gelap kemudian AK tidak ingat lagi apa yang terjadi selepas itu. AK cuma sedarkan diri apabila seorang rakan menggerakkan AK yang dilihatnya sedang tidur.  "Awang bangun masa kuliah sudah habis ni," AK bangun dalam keadaan kebingungan dan bertanya kepadanya apa yang telah berlaku. Dia menjelaskan bahawa aku tertidur dari tadi. Pensyarah pula tidak dapat hadir dan hanya mengarahkan supaya membuat tugasan yang sebelum ini telah diberikan. Mujurlah pensyarah tidak ada jika tidak sudah tentu aku didendany…

Akmal, Ikmal dan Kamal #6

Image
Selepas menunaikan solat Zohor di surau AK duduk di tepi tembok kolam ikan, AK semakin berasa tenang apabila melihat ikan-ikan yang sedang berenang ke sana-sini dan AK juga turut bermain dengan air kolam itu.  Kebetulan hari ini tiada lagi kuliah disebelah petang dan kami warga penuntut diberi peluang dari institut dan mesti kembali semula sebelum jam 8 malam. AK tidak mahu keluar sebenarnya namun apakan daya, AK terpaksa juga keluar kerana perlu menunaikan elaun yang diterima melalui cek. Walupun agak sedih dan malu apabila hendak menunaikan cek yang nilainya tidak sampai RM13 itu namun pada masa itu 10 sen pun amat berharga buat AK. Sebenarnya elaun yang sepatutnya kami warga penuntut terima setiap bulan hampir RM300 tetapi telah dipotong untuk penyediaan makanan di dewan makan untuk kami setiap hari. Walaupun makanan yang kami terima mungkin tidak setimpal dengan nilai elaun kami yang dipotong tetapi bagi AK itu sudah cukup banyak membantu dan AK rasa begitu bersyukur.
 Sebenarny…

Akmal, Ikmal dan Kamal #5

Image
Ketika Intan sedang bersendirian di atas bumbung bangunan asrama lelaki yang tingginya tiga tingkat itu, tiba-tiba muncul Akmal, Ikmal dan Kamal secara mengejut. Intan sedikit terperanjat dan mereka berempat saling berpandangan antara satu sama lain dengan raut wajah yang serius.
 "Kenapa dengan abang Mal bertiga ni? Terkejut Intan tau! Ni muka serius sangat ni kenapa? Macam nak telan Intan je!" memulakan perbualan dengan nada sedikit geram.   "Intan! Apa yang Intan sembangkan dengan budak Awang tadi? Mesra semacam je kami tengok," Akmal bertanya dengan nada yang agak kasar dan sepertinya mereka bertiga tidak berpuas hati terhadap sesuatu.

 "Ish... Intan tanya tadi bukannya nak jawab, ni tanya Intan marah-marah pula. Kenapa ni? Apa yang abang Mal bertiga nak sebenarnya?"
 "Biar kami berterus-terang dengan Intan, sebenarnya kami tidak suka Intan dekat dengan budak Awang tu!"Ikmal berkata-kata sambil merenung tajam ke mata Intan.
 "Sekali l…

Akmal, Ikmal dan Kamal #4

Image
Selesai berwirid AK berjalan perlahan menuju ke pondok di tepi kolam depan surau. Waktu AK sampai ada beberapa orang penuntut lelaki di institut itu sedang rancak bersembang.
 AK hanya memberi salam dan mohon untuk rehat di pondok yang sama. Meraka tidak kisah dan mempersilakan AK masuk ke pondok tersebut. AK tidak berapa kenal dengan mereka kerana berlainan bidang yang diambil. Tidak lama selepas itu mereka meninggalkan pondok dengan tergesa-gesa. AK terkilan sebab mereka tidak memberi salam seperti biasa tapi AK cuba bertenang dan anggap mereka mungkin ada hal yang mustahak.  Kini AK khusyuk menghayati pemandangan malam yang samar-samar disirami cahaya lampu jalan. Tenang terasa tambahan lagi AK berzikir dengan suara yang sederhana.
 "Assalamualaikum, adik Awang.. Sungguh asyik duduk bersantai di sini," Intan menyapa AK namun kelibatnya tidak kelihatan. AK tercari-cari dari mana suara itu.
 "Kalau ye pun jawablah salam Intan dulu," alunan suara manja geram Intan…

Akmal, Ikmal dan Kamal #3

Image
Renungan tajam oleh gadis berbaju kurung hitam dan bertudung sedikit labuh juga turut hitam warnanya membuatkan AK berdebar. Debaran yang dirasa bukan bermakna AK sudah terjatuh cinta tetapi rasa takut yang memuncak dan AK pun menggeletar seluruh badan hihihi almaklumlah AK ni spesis penakut sikit. Tapi tidak disangkal yang paras rupa gadis itu jika diukir dengan senyuman tentu sungguh menawan.
 Cik adik ni siapa? kenapa tengok saya macam tu?" Tersekat-sekat dan terketar-ketar aku memulakan pertanyaan.  Gadis itu menoleh ke belakang dan kemudian melihat pula ke sekeliling seolah-olah dia menyangka AK menegur orang lain dan bukannya dia. AK yang sejenak melihat tingkah lakunya kini berasa hairan. Sempat juga AK mengusap-usap janggut, walaupun sebenarnya AK tiada janggut pada masa itu.
 "Betul ke Awang dapat lihat Intan ni?!" Terpancar senyuman menawan dan tanpa AK sangka kedua-dua tangannya memegang lengan AK. Kemudian dia meloncat keriangan, AK semakin hairan dan bingg…

Akmal, Ikmal dan Kamal #2

Image
AK sedang berdiri di lokasi di mana dua malam yang lalu AK telah mengalami pengalaman yang menyeramkan, cuma kali ini yang berbeza adalah hari siang. AK cuba memikirkan semula serba sedikit maklumat mengenai kejadian pada malam tersebut.
 Seingat AK suara perbualan antara Akmal, Ikmal, Kamal dan Intan ada menyebut berkenaan orang yang berada di dalam tandas. Erm.. Adakah orang yang dimaksudkan itu adalah AK?  Kemungkinan juga orang dimaksudkan itu adalah AK amat tinggi kerana tiada sesiapa lagi orang selain AK di dalam tandas pada masa itu. Seingat AK Suara yang menggelar dirinya Intan ada menyebut nama orang yang ditunggu itu Awang. Jadi ini mungkin betul yang mereka berbual berkenaan AK. Akan tetapi kenapa mereka kata AK ini seorang yang sombong, tidak memperdulikan mereka dan tidak menolong walaupun si Intan kata telah banyak kali meminta pertolongang daripada orang tersebut. Betulkah orang yang mereka maksudkan adalah AK. Kalau benar ada sesiapa yanng meminta pertolongan tentu A…

Akmal, Ikmal dan Kamal #1

Image
Sewaktu AK melanjutkan pelajaran di sebuah institut pendidikan, AK mempunyai ramai kenalan. Pada mulanya AK tinggal di dalam bilik asrama dengan enam orang penghuni, namun atas sebab-sebab tertentu AK berpindah dengan salah seorang rakan dalam bilik itu ke bangunan asrama sebelah. Di bangunan tersebut tidak ramai yang menghuni di tingkat 3 mungkin kerana malas nak naik tangga.
 Setelah selesai memunggah barang ke dalam bilik tersebut kami hanya tinggal berdua sahaja dalam bilik tersebut. Senang tak banyak kerenah, anak kunci pun ada lebih lagi. Pada mulanya kehidupan kami berlalu seperti biasa, siang hari kami menghadiri kuliah dan malam kami agak lapang untuk melakukan aktiviti masing-masing namun tidak dibenarkan keluar dari institut tersebut.  Nak dijadikan ceritalah AK ni bukannya spesis yang berani, seram juga kalau jalan di kaki lima asrama tu berseorangan waktu malam. Sudahlah banyak lampu yang tidak berfungsi dan banyak pula bilik yang kosong tidak bertutup pintunya. Tutup pu…

Kelas kami #2

Image
Dalam bilik guru yang agak sunyi dan tinggal hanya hanya cikgu Shida di dalamnya.
"Amboi... Cikgu Shida termenung jauh nampak, ingatkan buah hati ke?" cikgu Nurul cuba menegur sambil mengusik.
"Eh! Taklah cikgu, Shida just teringat peristiwa pelik yang terjadi semalam,"
"Peristiwa pelik? Apa maksud Cikgu?" cikgu Nurul menjongket kening bingung. "Kalau Shida cerita cikgu jangan gelak tau, sebenarnya semalam Shida diganggu oleh mahluk halus. Shida takut sampai tertidur, pagi baru Shida sedar,"
"Ish... Biar betul Shida ni, Nurul dah lama mengajar kat sekolah ni tapi tak ada pun cikgu-cikgu lain cerita yang macam cikgu cerita ni," Masih tidak percaya.
"Tulah... Shida dah agak memang cikgu tak percaya punya. Tapi tolonglah percaya, Shida ni bukan penipulah," cuba meyakinkan.
"Ok ok cop cop cop! Kalau betul cikgu tak tipu, cuba 'try' ceritalkan apa yang terjadi semalam," menagih bukti.
"Ok, macam ni sebenar…

Kelas kami #1

Image
Seperti biasa keadaan dalam kelas begitu sunyi, kesemua murid duduk berdiam diri di tempat duduk masing-masing.
 Yang kedengaran cuma suara riuh rendah murid-murid dan guru-guru yang berusaha untuk memberi tunjuk ajar. Langkah seorang guru yang teragak-agak sedang menghampiri sebuah kelas yang paling menyeramkan dalam seluruh warga sekolah.
 Cikgu Shida melangkah masuk ke dalam kelas itu, semua murid yang ada telah siap sedia berdiri. Tanpa arahan daripada ketua kelas iaitu Murad, mereka semua serentak mengucapkan salam sebagai rutin kebiasaan seorang guru memasuki kelas. Cuma ucapan yang diberikan berbunyi agak seram sedikit dan cukup berbeza daripada ucapan yang biasa didengar daripada kelas-kelas yang lain.
 "Assalamualaikum! Selamat sejahtera! Cikgu Shida!"  "Waalaikumussalam dan selamat sejahtera murid-murid," seperti biasa suara cikgu Shida terasa gemuruh dan sikit perasaan takut. Cikgu Shida tidak berani memandang ke mata setiap muridnya di dalam kelas te…