Posts

Showing posts from August, 2016

Kembara Modenas MR1 Sipitang Menumbok Labuan

Image
Assalamualaikum.. Selamat sejahtera. Hai apa khabar para pembaca semua? AK harap semuanya sihat dan berbahagia selalu. Erm.. dah lama AK tak pos apa-apa dalam blog ini. Hahaha.. bukan setakat tak ada idea tapi disebabkan juga tahap kemalasan AK yang luar biasa, kerana itulah blog ini menjadi sunyi. Krikkrik..krikkrik.. Baiklah AK pun malas nak buang masa, jadi terus ke topik asal. Baru-baru ini AK telah melakukan kembara bermotosikal secara solo bertarikh 30 hingga 31 Julai 2016. Melalui jalan darat Sipitang ke Menumbok dan pengangkutan laut(feri) ke Wilayah Persekutuan Labuan. Lokasi yang hendak dituju adalah Wilayah Persekutuan Labuan dengan tujuan sebenarnya untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan-kawan lama zaman sekolah dahulu. AK pun sebenarnya tak berapa reti nak buat laporan pengembaraan ni maklumlah dah lama tak sekolah. Tapi AK cuba sebaik mungkin untuk menceritakannya. Pada tarikh 30 Julai 2016 dengan menggunakan motosikal Modenas MR1 yang AK namakan Kur